fb fb fb fb fb

China pendekkan waktu opersi pusat beli-belah kerana kekurangan kuasa

(Orang ramai membanjiri pantai Baicheng di Xiamen, Fujian, wilayah selatan China
susulan cuaca panas melampau/AFP)

BEIJING, 22 Ogos- Bandar Chongqing di China memendekkan waktu buka pusat beli-belahnya mulai Isnin berikutan situasi bekalan kuasa mendesak yang disebabkan oleh gelombang panas baru-baru ini, kata kerajaan dalam notis rasmi semalam.

Ini bermakna berpuluh-puluh pusat beli-belah di daerah di seluruh bandar barat daya mesti menyesuaikan waktu perniagaan mereka kepada 4 petang hingga 9 malam untuk memastikan bekalan kuasa yang selamat dan teratur serta menjamin ianya mencukupi untuk kegunaan menyeluruh penduduk bandar berkenaan, kata Suruhanjaya Ekonomi Dan Maklumat Chongqing.

Langkah berkenaan akan diteruskan sehingga maklumat lanjut daripada pihak berkuasa berdasarkan suhu dan keadaan bekalan dan permintaan, kata notis itu.

Minggu lalu, kerajaan tempatan Sichuan di China mengarahkan semua kilang ditutup selama enam hari untuk mengurangkan penggunaan bekalan elektrik di rantau berkenaan.

Langkah itu dilaksanakan ketika gelombang panas terik melanda seluruh negara. 

Berdasarkan notis dikeluarkan oleh kerajaan tempatan dan syarikat elektrik, sebanyak 19 daripada 21 bandar di wilayah itu diarahkan untuk menghentikan pengeluaran di semua kilang bermula Isnin hingga Sabtu.

Menurut notis berkenaan, keputusan itu dibuat bagi memastikan bekalan elektrik mencukupi untuk kegunaan kediaman. -REUTERS


(Sungai Jialing yang surut dan anak sungai Yangtze menghampiri paras air paling rendah
semasa musim kemarau serantau di Chongqing, China/REUTERS)

 

Berita berkaitan
China berusaha kurangkan kesan kemarau, tingkatkan pelepasan air empangan

Media Baharu