fb fb fb fb fb

China lancar latihan ketenteraan di sekitar Taiwan

Foto Reuters

TAIPEI, 14 Oktober - China pada Isnin melancarkan latihan ketenteraan besar-besaran di sekitar Taiwan.

Ini melibatkan pesawat dan kapal bagi mengepung pulau yang dituntutnya sebagai sebahagian daripada wilayahnya.

Latihan tersebut merupakan pusingan keempat dalam tempoh dua tahun.

Taiwan mengecam tindakan tersebut sebagai provokasi dan telah menghantar pasukan sebagai tindak balas.

Latihan, yang dinamakan sebagai Joint Sword-2024B, bertujuan menguji keupayaan operasi pasukan China di kawasan utara, selatan, dan timur Taiwan.

Beijing memberi amaran keras kepada pasukan "Kemerdekaan Taiwan", menegaskan bahawa latihan itu merupakan langkah mempertahankan kedaulatan negara.

Pertikaian China-Taiwan bermula sejak perang saudara pada 1949, dengan Beijing berusaha menghapuskan pengaruh Taiwan di peringkat antarabangsa.-AFP

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN