fb fb fb fb fb

China diramal alami suhu panas minggu ini

Bahagian utara dan timur laut negara itu telah mengalami ribut salji dan sejuk yang memecahkan rekod sejak minggu lalu, dengan beberapa kawasan di timur laut mencecah tolak 40 darjah celsius dan ke bawah apabila udara sejuk bertiup dari Artik / Foto Reuters

BEIJING, 22 Disember - Selepas hampir dua minggu cuaca di bawah paras beku yang dibawa oleh tiupan angin sejuk yang melanda sebahagian besar China, satu pusingan udara panas akan bertiup dari utara ke selatan negara itu yang meningkatkan suhu mulai hujung minggu ini.

Bahagian utara dan timur laut negara itu telah mengalami ribut salji dan sejuk yang memecahkan rekod sejak minggu lalu, dengan beberapa kawasan di timur laut mencecah tolak 40 darjah celsius dan ke bawah apabila udara sejuk bertiup dari Artik.

Walaupun China masih meramalkan suhu rendah baharu minggu ini, corak cuaca akan bertambah baik dengan peningkatan merkuri mencecah lebih 10 darjah celcius di kebanyakan tempat di wilayah tengah dan timur pada Isnin, kata televisyen kerajaan CCTV.

Keadaan yang lebih panas dijangka berlarutan sehingga penghujung bulan Disember, mengakibatkan suhu yang lebih panas daripada biasa di kebanyakan bahagian negara pada masa ini.

Di utara Tianjin, Jabatan Meteorologinya berkata suhu akan meningkat perlahan-lahan mulai Sabtu, dengan paras tertinggi pada Ahad melebihi 0 darjah celcius dan minimum tidak lebih rendah daripada tolak 10 darjah celcius.

Ramalan turut menunjukkan Tianjin mencapai maksimum tolak 2 darjah celcius untuk hari ini.

Bagaimanapun, cuaca yang lebih panas mungkin berubah-ubah akibat udara sejuk yang berselang-seli, kata CCTV yang turut menasihatkan orang ramai agar perlu mengambil kira ramalan tersebut.

Minggu ini, utara China termasuk ibu negara Beijing, Hebei dan Tianjin dan di sekelilingnya, Henan, Mongolia Dalam dan Wilayah Timur Laut Liaoning dan Heilongjiang telah mencatatkan suhu paling sejuk pada pertengahan Disember.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN