fb fb fb fb fb

China beri kelulusan bersyarat untuk pil Pfizer COVID-19

 

FOTO AFP

BEIJING, 12 Februari- China memberikan kelulusan bersyarat untuk ubat COVID-19 Pfizer Paxlovid bagi merawat orang dewasa dengan penyakit ringan hingga sederhana serta berisiko.

Pentadbiran Produk Perubatan Kebangsaan negara itu berkata,penyelidikan lanjut mengenai ubat itu perlu dijalankan dan diserahkan kepada pengawal selia.

Paxlovid setakat ini dibenarkan di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat dan Israel, manakala Kesatuan Eropah membenarkan negara anggota menggunakannya sebelum kelulusan rasmi sebagai langkah kecemasan terhadap varian Omicron.

Tidak seperti vaksin COVID-19, ubat itu tidak menyasarkan protein spike yang sentiasa berkembang digunakan oleh coronavirus untuk menyerang sel.

Setakat ini, China tidak meluluskan sebarang vaksin COVID-19 dihasilkan negara luar. -AFP

Media Baharu