fb fb fb fb fb

Calon demokratik Lee Jae Myung dahului saingan dalam pilihan raya Presiden Korea Selatan

Calon Presiden Parti Demokratik (DP) Korea Selatan, Lee Jae Myung

SEOUL, 23 Mei - Calon Presiden Parti Demokratik (DP) Korea Selatan, Lee Jae Myung mendahului pencabarnya dari Parti Kuasa Rakyat (PPP), Kim Moon Soo dengan sokongan 45 peratus berbanding 36 peratus yang diterima Kim, lapor agensi berita Yonhap memetik tinjauan Gallup Korea yang dikeluarkan pada Jumaat.

Tinjauan yang dijalankan terhadap 1,002 orang itu turut menunjukkan Lee Jun Seok daripada Parti Reformasi Baharu berada di tempat ketiga dengan sokongan 10 peratus, manakala lapan peratus responden belum membuat keputusan.

Sokongan terhadap Lee dari DP menyusut enam mata peratusan berbanding minggu sebelumnya, sementara Kim dan Lee Jun Seok masing-masing mencatat peningkatan tujuh dan dua mata peratusan.

Tinjauan itu mempunyai kadar ralat 3.1 mata peratusan pada tahap keyakinan 95 peratus. - BERNAMA-YONHAP

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE