fb fb fb fb fb

Cacar Monyet: Jerman syor vaksin Imvanex untuk orang dewasa yang berisiko

(Ujian dilakukan di makmal bagi penghasilan vaksin cacar monyet yang telah dibangunkan
oleh syarikat Bavarian Nordic di makmal syarikat itu di Martinsried dekat Munich, Jerman, 24 Mei 2022/FOTO REUTERS)


BERLIN, 10 Jun- Jawatankuasa penasihat vaksin Jerman mengesyorkan bahawa individu yang berumur lebih dari 18 tahun yang terdedah dengan virus serta berisiko tinggi dijangkiti monyet cacar untuk menerima vaksin Imvanex Bavarian Nordic, katanya pada Khamis.

Jawatankuasa berkenaan yang dikenali sebagai STIKO dalam satu kenyataan berkata, mereka yang berisiko tinggi mendapat cacar monyet termasuk lelaki yang melakukan hubungan seks rambang dengan pasangan sejenis selain pekerja makmal ujian penyakit berjangkit, kata jawatankuasa itu.

Sementara itu, STIKO menegaskan bahawa cadangan pemberian vaksin Imvanex kepada mereka yang terdedah kepada cacar monyet serta golongan berisiko tinggi ini tidak diwajibkan oleh kerajaan namun dipersetujui jawatankuasa kesihatan negara berkenaan.

"Draf cadangan STIKO ini harus melalui prosedur maklum balas yang melibatkan 16 negeri di Jerman serta pakar sebelum keputusan muktamad," kata laporan Reuters.

Disebabkan bilangan vaksin yang terhad, STIKO mengutamakan pemberian vaksin kepada mereka yang telah terdedah kepada virus cacar monyet dalam tempoh 14 hari yang lalu.

"Usaha ini diharap dapat mengurangkan penularan virus dalam kalangan masyarakat.

(Seorang pekerja syarikat vaksin Bavarian Nordic di makmal syarikat itu di Martinsried dekat Munich, Jerman, 24 Mei 2022.
Syarikat itu, yang beribu pejabat di Denmark, adalah satu-satunya di dunia yang mendapat kelulusan untuk vaksin cacar
yang dipanggil Jynneos di AS dan Imvanex di Eropah, yang juga berkesan terhadap cacar monyet/ FOTO REUTERS)


"Orang dewasa yang mempunyai kontak rapat dengan orang yang dijangkiti seeta golongan yang berisiko tinggi untuk cacar monyet harus menerima vaksin Imvanex ini," kata jawatankuasa itu.

Vaksin Imvanex merupakan imunisasi yang digunakan untuk melindungi orang dewasa dari cacar.

Vaksin ini mengandungi modifikasi langsung dari virus 'vaccinia' yang disebut 'vaccinia Ankara' yang berkait dengan virus cacar. -REUTERS

 

Berita berkaitan
Penggunaan vaksin cacar Imvanex untuk Cacar Monyet sedang dimuktamadkan

Media Baharu