fb fb fb fb fb

BYD ikrar takluk pasaran Eropah dengan model EV baharu

Kenderaan BYD dipaparkan di Pameran Motor Antarabangsa Bangkok ke-45 di Bangkok, Thailand, pada 25 Mac 2024. / Foto REUTERS

PARIS, 21 Mac-Pengeluar kereta China, BYD, pada hari Khamis berikrar menakluki pasaran Eropah dengan model kereta elektrik baharu serta teknologi pengecasan pantas yang mampu menyaingi jenama tempatan, kata Naib Presiden BYD, Stella Li.

“Anda akan lihat, bermula dari Mac atau April, jumlah pendaftaran kami di Eropah akan meningkat,”

“Tahun ini, jualan BYD di seluruh Eropah akan mula meningkat", kata Naib Presiden BYD, Stella Li, dalam satu temu bual dengan AFP di bilik pameran di sini.

Syarikat itu telah melancarkan kempen pengiklanan besar-besaran, termasuk penajaan Kejohanan Bola Sepak Eropah tahun lalu, dan telah membuka banyak bilik pameran baharu di seluruh dunia.

BYD merancang untuk melancarkan model Seagull yang bersaiz kecil, yang akan dinamakan semula sebagai Dolphin Surf di Eropah pada sekitar pertengahan tahun ini.

Model berkenaan akan bersaing dengan Renault 5 dan Citroen C3.

BYD baru-baru ini memperkenalkan sistem pengecasan baharu yang dikatakan mampu memberikan jarak 470 kilometer atau (hampir 300 batu) hanya dalam masa lima minit pengecasan iaitu empat kali lebih pantas berbanding sistem terbaik di pasaran ketika ini.

“Ia benar-benar sepantas mengisi minyak petrol.

“Kami sedang bersiap sedia untuk membawa teknologi canggih ini ke Eropah dalam beberapa tahun akan datang ", tambah Li.-AFP.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD