fb fb fb fb fb

Burung 'pelarian' Flaco dilihat di Manhattan

FOTO REUTERS

NEW YORK, 4 Januari- Seekor burung hantu yang dirakam berada berhampiran sebuah muzium di Manhattan, sini, baru-baru ini, dipercayai burung yang 'melarikan diri' dari Zoo Central Park, tahun lalu.

Kehadiran haiwan terbabit di sebatang pokok dekat pekarangan American Museum of Natural History di Upper West Side, Manhattan pada Selasa lalu telah menarik perhatian ramai.

Susulan itu, pihak zoo mengeluarkan kenyataan bahawa ia mungkin Burung Hantu Helang Eurasia bernama 'Flaco' yang terlepas dan melarikan diri dari kemudahannnya pada Februari lalu.

Difahamkan, ia bukan penampakan kali pertama 'Flaco' sejak hilang hampir setahun itu. -Reuters

SITI AISHAH BINTI MD ISA