fb fb fb fb fb

Bertahan 24 jam di laut sebelum diselamatkan

Ia adalah satu keajaiban bahawa nelayan itu masih hidup selepas mengharungi detik mencemaskan/ Foto: IG @sunnyskyzonline)

WELLINGTON, 4 Januari – Seorang nelayan di New Zealand telah diselamatkan selepas menghabiskan hampir 24 jam di lautan sebelum menggunakan pantulan matahari dari jam tangannya untuk menarik perhatian.

Lelaki itu dalam perjalanan memancing secara solo apabila dia terjatuh ke laut selepas menangkap ikan marlin di Semenanjung Coromandel di pantai timur Pulau Utara New Zealand pada Selasa.

Dia dibawa arus dan tidak dapat kembali ke botnya, kata polis, Will Hamilton.

“Dia mengharungi malam yang sejuk di lautan, terlalu letih untuk terus berenang. Semasa berada di dalam air, seekor jerung ada datang menghidu, sebelum beredar,” katanya.

Pada petang Rabu, tiga lelaki yang memancing di wilayah itu menyedari pantulan luar biasa di dalam air.

"Mereka memutuskan untuk menyiasat dan menemui rakan nelayan, berusaha keras untuk mendapatkan perhatian mereka menggunakan pantulan matahari pada jam tangannya," kata Hamilton.

“Ia adalah satu keajaiban bahawa nelayan itu masih hidup selepas mengharungi detik mencemaskan.

"Tanpa tindakan pantas dari tiga orang lelaki yang menyelamatkan, ini pastinya akan membawa kesan yang tragis." -AFP

ZEHRA BINTI ZAMBRI