fb fb fb fb fb

Imam ditembak di luar masjid New Jersey meninggal dunia

Hassan Sharif/Reuters

NEW YORK, 4 Januari- Seorang imam di Amerika Syarikat terbunuh akibat ditembak oleh individu tidak dikenali di luar Masjid Muhammad di Newark, New Jersey, pagi semalam.

Hassan Sharif, ditembak beberapa kali sebelum dibawa ke hospital dan meninggal dunia, kata pendakwa raya.

Bagaimanapun Peguam Negara New Jersey, Matt Platkin mendakwa serangan itu bukan tindakan yang didorong jenayah berat sebelah atau pengganas domestik.

"Kami belum tahu motif untuk jenayah ini (tetapi) bukti terkumpul setakat ini (adalah) tidak menunjukkan bahawa ia didorong oleh berat sebelah atau tindakan keganasan domestik," katanya.

Dalam pada itu, pendakwa raya daerah Essex, Ted Stephens berkata, pihaknya akan mendaptkan keadilan buat mangsa serta menyifatkan serangan itu sebagai 'jenayah keji'.

New Jersey merupakan rumah bagi 300,000 orang muslim.

Sejak meletusnya perang Hamas-Israel pada 7 Oktober lalu terdapat peningkatan dalam serangan Islamofobia dan antisemitisme di seluruh Amerika Syarikat. -AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA