PARAMARIBO, 13 Januari- Bekas Presiden Surinam, Desi Bouterse 78, pada Jumaat menolak untuk dipenjarakan selama 20 tahun atas pertuduhan melakukan pembunuhan terhadap pesaing politiknya kira-kira empat puluh tahun lalu.
Isteri Bouterse, ingrid memberitahu pemberita bahawa suaminya tidak merancang bagi menjalani hukuman penjara berkenaan.
"Dia (Bouterse) tidak akan sesekali menjalani hukuman berkenaan.
"Ini adalah sebahagian daripada politik", kata Ingrid lagi.
Pada Disember 2019, Mahkamah Tinggi Surinam mensabitkan hukuman penjara terhadap Bouterse kerana mengarahkan hukuman gantung terhadap 15 individu termasuk Peguam, wartawan, ahli perniagaan dan tentera pada tahun 1982.
Peristiwa tersebut berlaku selepas dua tahun dia mengambil alih tampuk pemerintahan selepas rampasan kuasa.
Bouterse yang mengetuai dua rampasan kuasa di negara bekas tanah jajahan Belanda itu turut dipilih menjadi Presiden negara itu sehingga 2020 sementara menunggu keputusan kes tersebut.
Bouterse dan empat individu didapati bersalah diarahkan melaporkan diri kepada pihak berkuasa pada Jumaat.-AFP