fb fb fb fb fb

Buka kaunter CIQ BSI lebih banyak, permudah warga Pulai pulang mengundi

JOHOR BAHRU, 5 September- Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen P.161 Pulai, Suhaizan Kaiat meminta agar lebih banyak kaunter dibuka di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) bagi memudahkan urusan pengundi yang menetap dan bekerja di Singapura untuk pulang mengundi, Sabtu ini.
 
Suhaizan berkata ia berikutan 30% pengundi Parlimen Pulai merupakan pekerja di Singapura.
 
"Saya sudah maklum kepada pihak berkenaan dan kemungkinan besar dia akan tambah kaunter untuk memudahkan urusan keluar masuk pengundi-pengundi dari Singapura."

"Sehubungan itu, semua pengundi boleh pulang ke tanah air dengan lebih selesa dan mudah," kata Suhaizan kepada pemberita ketika ditemui di Balai Polis Marin Wilayah Dua Johor hari ini, bersempena pengundian awal yang membabitkan 927 pegawai dan anggota polis.
 
Terdahulu, hasil kaji selidik dan temu bual yang dijalankan pihaknya mendapati pengundi yang bekerja di Singapura menyatakan komitmen mereka untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai yang berlangsung, Sabtu ini.


(Foto Hiasan)

Media Baharu