fb fb fb fb fb

Budak 8 tahun main pistol bapa, ragut nyawa bayi

(Seorang budak lelaki berusia lapan tahun sedang bermain dengan pistol bapanya di sebuah motel Florida
apabila dia secara tidak sengaja menembak mati bayi perempuan teman wanita bapanya/ AFP)

WASHINGTON, 29 Jun- Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun bertindak menembak mati seorang bayi dan mencederakan adik perempuannya ketika bermain dengan pistol milik bapanya di Florida.

Menurut Syerif Daerah, Escambia Chip Simmons, bapa kanak-kanak itu Roderick Randall, 45, ditahan dan didakwa atas tuduhan cuai, dan didapati bersalah memiliki senjata api yang menyalahi undang-undang selain menyembunyikan bukti.

Randall mempunyai rekod jenayah dan dilarang daripada memiliki senjata api.

Tragedi tembakan itu berlaku di sebuah motel di mana suspek membawa anaknya bertemu dengan teman wanitanya yang turut membawa dua anak perempuannya berusia dua tahun dan setahun.

(Foto fail/ AFP)

"Randall bertindak meninggalkan senjata api itu di dalam almari,

"Anaknya mengetahui tempat pistol itu disimpan, lalu bertindak mengeluarkannya dan bermain dengan senjata itu ketika bapanya keluar dan teman wanita lelaki itu serta dua anaknya sedang tidur,

"Anak Randall kemudian melepaskan tembakan ke arah kanak-kanak yang berusia setahun sehingga meragut nyawa, peluru kemudiannya mengenai kanak-kanak berusia dua tahun dan mengalami kecederaan," kata Escambia dalam sidang media.

Berdasarkan laporan organisasi Everytown For Gun Safety, ratusan kanak-kanak di Amerika Syarikat mendapat akses senjata api berikutan kecuaian ibu bapa yang menyimpannya di dalam almari, laci dan beg galas.

Malah menurut laman web Arkib Keganasan Senjata, senjata api menyebabkan kira-kira 40,000 kematian setahun di negara itu termasuklah tindakkan membunuh diri. - AFP

Media Baharu