fb fb fb fb fb

Britain iktiraf negara Palestin menjelang Perhimpunan Agung PBB

Orang ramai mengibarkan bendera Palestin dan memegang plakad ketika menyertai Perarakan Nasional untuk Palestin di pusat London pada 6 September 2025, yang menuntut penghentian penjualan senjata serta penamatan krisis kebuluran di Gaza. / Foto AFP

LONDON, 21 September – Britain dijangka mengiktiraf Palestin secara rasmi pada Ahad, menurut laporan media tempatan, dalam perubahan dasar besar yang dibantah keras sekutu lamanya, Israel.

Perdana Menteri Keir Starmer sebelum ini menetapkan syarat bahawa Britain akan mengambil langkah itu sekiranya Israel gagal menunjukkan kemajuan substantif ke arah gencatan senjata dengan Hamas menjelang Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bulan ini.

Beliau menegaskan pengiktirafan itu akan menjadi “sumbangan kepada proses damai yang sebenar, pada saat paling berkesan untuk penyelesaian dua negara.”

Langkah bersejarah itu dijangka diumumkan menjelang Perhimpunan Agung PBB, di mana kira-kira 10 negara lain termasuk Perancis turut dijangka mengiktiraf Palestin.

Ia berlaku ketika Israel meneruskan serangan terbaharu untuk menawan Gaza City yang kini diisytiharkan PBB berada dalam keadaan kebuluran.

Sejak Oktober 2023, lebih 65,000 orang terkorban di Gaza. - AFP

SITI NUR DIATIE BINTI ZAIDI