fb fb fb fb fb

Bayaran visa kerja H-1B AS$100,000 sekali sahaja

Presiden AS Donald Trump pada Jumaat menandatangani perintah eksekutif mewujudkan program residensi “gold card” dengan bayaran AS$1 juta bagi individu. / Foto AFP

WASHINGTON, 21 September – White House menjelaskan yuran baharu AS$100,000 bagi visa kerja H-1B hanya dikenakan sekali kepada pemohon baharu, bukan setiap tahun seperti diumumkan sebelum ini.

Penjelasan itu dibuat selepas Setiausaha Perdagangan AS, Howard Lutnick, menyatakan yuran berkenaan akan dikenakan secara tahunan termasuk untuk pembaharuan.

Setiausaha Akhbar White House, Karoline Leavitt, menegaskan pemegang visa sedia ada dan pembaharuan tidak terjejas, malah mereka boleh keluar masuk negara seperti biasa.

Dasar itu, yang berkuat kuasa Ahad, mencetuskan kebimbangan syarikat teknologi dan pekerja asing, terutama warga India yang merupakan majoriti pemegang visa tersebut.

Presiden Donald Trump mempertahankan langkah itu dengan alasan melindungi pekerja tempatan, sambil mengumumkan program baharu “kad emas” bernilai AS$1 juta untuk pemastautin.

India bagaimanapun menyuarakan kebimbangan dasar tersebut bakal memberi kesan kemanusiaan dan menjejaskan mobiliti bakat mahir antara kedua-dua negara. - AFP

SITI NUR DIATIE BINTI ZAIDI