fb fb fb fb fb

Britain, Australia perkukuh komitmen AUKUS dan hubungan ekonomi

Foto Reuters

SYDNEY, 25 Julai – Australia dan Britain mengadakan rundingan dua hala bagi memperkukuh kerjasama strategik, termasuk memperdalam komitmen terhadap perkongsian keselamatan AUKUS yang melibatkan pembinaan kapal selam berkuasa nuklear.

Setiausaha Pertahanan Britain, John Healey dan Menteri Luar, David Lammy disambut oleh Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, sebelum memulakan sesi rundingan yang memberi tumpuan kepada pengukuhan hubungan perdagangan serta kemajuan projek pembinaan kelas baharu kapal selam nuklear di bawah kerangka AUKUS.

Menteri Pertahanan Australia, Richard Marles berkata satu perjanjian penting mengenai pengeluaran kapal selam akan dimeterai bersama Britain pada Sabtu, dan disifatkan sebagai perjanjian pertahanan paling signifikan antara kedua-dua negara sejak penubuhan Persekutuan Australia.

Selepas sesi Konsultasi Menteri-Menteri Australia-Britain (AUKMIN), para menteri dijadualkan mengunjungi Melbourne dan bandar pertahanan strategik di utara, Darwin, di mana kapal pengangkut pesawat Britain, HMS Prince of Wales, telah berlabuh untuk menyertai latihan ketenteraan dua hala Talisman Sabre. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN