fb fb fb fb fb

Brazil gantung visa BYD selepas dakwaan pemerdagangan

Foto Reuters

BRASILIA, 28 Disember – Brazil menghentikan pengeluaran visa kerja sementara untuk syarikat BYD susulan dakwaan bahawa pekerja di tapak pembinaan kilangnya di Bahia menjadi mangsa pemerdagangan manusia.

Pihak berkuasa buruh menemui 163 pekerja China yang masuk ke Brazil secara tidak sah dan bekerja dalam keadaan "seperti hamba".

Mereka diambil oleh kontraktor Jinjiang Group, yang menafikan tuduhan tersebut.

Kilang itu menjadi simbol hubungan rapat China-Brazil, dengan pelaburan AS$620 juta oleh BYD.

Brazil, pasaran luar negara terbesar BYD, belum menerima respons daripada syarikat tersebut.

Kementerian Kehakiman Brazil menyatakan permit kediaman pekerja China boleh dibatalkan jika siasatan mendapati pelanggaran.

Permintaan menggantung visa telah dihantar sebelum dakwaan diumumkan.

BYD dan Jinjiang Group bersetuju menempatkan pekerja di hotel sementara kontrak mereka ditamatkan.

Jinjiang menafikan tuduhan dan menyatakan salah faham dalam terjemahan.

Brazil menyumbang hampir satu daripada lima jualan BYD di luar China sepanjang 2024.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN