fb fb fb fb fb

Boris Johnson berdepan undi tidak percaya

(Boris Johnson memberi reaksi semasa Parti Platinum Ratu Elizabeth, di Istana Buckingham, di London, Britain, 4 Jun 2022/REUTERS)

LONDON, 7 Jun- Perdana Menteri Britain, Boris Johnson bakal berdepan undi tidak percaya, berikutan ramai penggubal undang-undang Parti Konservatif yang memerintah mempersoalkan kewibawaan pemimpin itu menangani skandal parti.

Johnson, yang dilantik sebagai Perdana Menteri pada 2019 kini berdepan tekanan yang terus meningkat daripada parti sendiri dan pembangkang berikutan beberapa dasar serta keputusan menangani pandemik COVID-19 dipertikai.


(Boris Johnson bakal membentangkan polisi berkaitan kesihatan dan perumahan
dalam usaha untuk mengekalkan jawatan Perdana Menteri/REUTERS)

Sekiranya Johnson gagal dalam undi tidak percaya itu, beliau perlu meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan lantikan kepimpinan baharu akan bermula serta merta.

Pentadbiran beliau dikritik hebat selepas kepimpinannya mendedahkan Britain kepada risiko kemelesetan ekonomi, kenaikan harga barangan dan ketidakstabilan sosial berikutan beberapa sisi mogok dan kekacauan tercetus di ibu kota London.

Menurut Ketua Jawatankuasa 1922 parti Konservatif, Graham Brady, sesi pengundian tersebut diadakan petang Isnin dan keputusan diumum sejurus pengundian tamat.-REUTERS

Media Baharu