fb fb fb fb fb

Bom Perang Dunia Kedua ganggu operasi kereta api di Paris

Foto Reuters

PARIS, 7 Mac – Penemuan sebuah bom dari Perang Dunia Kedua berhampiran landasan kereta api telah mengganggu lalu lintas di stesen Gare du Nord, Paris, pada Jumaat.

Menurut syarikat kereta api nasional Perancis, TER, objek berbahaya itu dikesan berdekatan dengan laluan utama yang menghubungkan perkhidmatan metro tempatan serta kereta api nasional dan antarabangsa.

“Sebiji bom yang tidak meletup dari Perang Dunia Kedua telah ditemui berhampiran landasan,” menurut TER dalam kenyataan di platform media sosial X.

Gangguan tersebut menyebabkan sekurang-kurangnya tiga jadual perjalanan kereta api Eurostar dari Gare du Nord pada pagi Jumaat terpaksa dibatalkan, berdasarkan maklumat di laman sesawang syarikat itu.

Bagaimanapun, Eurostar masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenai kejadian tersebut.

Sementara itu, pihak polis Perancis juga belum mengeluarkan maklumat lanjut berkaitan insiden berkenaan.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN