fb fb fb fb fb

Blogger warganegara Ukraine ditahan kerana pengkhianatan menyokong Rusia

(FOTO HIASAN AFP)

KIEV, 31 Mac- Seorang penulis blog Ukraine ditahan kerana pengkhianatan disebabkan menyokong pencerobohan Rusia, menurut perkhidmatan keselamatan SBU negara itu pada Khamis, dan boleh berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun.

"Perkhidmatan khas telah menghentikan aktiviti penulis blog utu yang terlibat dalam aktiviti yang menjejaskan keselamatan maklumat Ukraine," kata cawangan Lviv SBU di Facebook.

"Mengeksploitasi media, pengkhianat yang menyokong tindakan jenayah negara dan penceroboh," katanya.

Ia mendakwa bahawa bahan penulisan lelaki itu telah digunakan oleh media Rusia untuk mewajarkan tindakan jenayah Persekutuan negara itu di Ukraine".

Media Ukraine berkata, lelaki itu yang dikenal pasti sebagai Gleb Lyashenko, 33, telah ditahan dengan jaminan empat juta Hryvnia (sekitar AS$135,50) untuk pembebasannya.

Pertuduhan khianat yang menyebabkan penahananya membawa hukuman penjara antara 10 dan 15 tahun.

(Seorang penunjuk perasaan di sebelah bendera Ukraine semasa tunjuk perasaan di Tokyo menentang tindakan Rusia di Ukraine, pada 5 Mac 2022/FOTO HIASAN AFP)


Menurut laman web censor.net, Lyashenko berkata di mahkamah bahawa dia hanya mahukan "keamanan" dan meminta kebebasan bersuara.

Ukraine pada Rabu membuat pendakwaan pertama berkenaan membabitkan seorang warganegara kerana bekerjasama dengan tentera Rusia, di bawah undang-undang baharu yang boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga 12 tahun. -AFP

Media Baharu