fb fb fb fb fb

2 rakyat Palestin maut dalam operasi Israel

(Tentera Israel semasa serbuan di Jenin di Tebing Barat yang diduduki Israel/FOTO REUTERS)

RAMALLAH, 31 Mac- Sekurang-kurangnya dua rakyat Palestin terbunuh selepas Israel melancarkan serbuan di Tebing Barat dengan alasan mahu menangkap suspek pengganas di Tebing Barat, hari ini, menurut pihak berkuasa Palestin.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, mangsa lelaki berusia 17 dan 23 tahun ditembak selain seorang lagi dibunuh selepas melakukan serangan menggunakan pisau dalam sebuah bas manakala 15 orang lagi cedera.

Tentera Israel mendakwa tentera mereka diserang oleh rakyat Palestin ketika mereka cuba 'menangkap suspek pengganas' di Jenin malah menyatakan bahawa salah seorang askarnya juga cedera semasa operasi itu.

Pertempuran itu berlaku di tengah-tengah ketegangan yang memuncak menjelang bulan puasa Ramadan, berikutan serangan di Israel dengan 11 warga Israel terbunuh sejak dua minggu lalu.

Awal hari ini, ahli Parlimen Israel berhaluan kanan, Itamar Ben Gvir, melakukan lawatan provokatif ke perkarangan Al-Aqsa di Baitulmaqdis.

"Sepanjang malam Hamas mengugut saya, berkata saya dalam risiko dan meminta saya jangan datang ke sini. Saya katakan kepada jurucakap Hamas supaya diam," katanya merujuk kepada kumpulan Islam yang menguasai Semenanjung Gaza.

(Pihak keselamatan Israel meninjau lokasi berlaku serangan menggunakan pisau
dalam sebuah bas dekat penempatan Elazar di Tebing Barat yang diceroboh/FOTO AFP)


Israel merampas Tebing Barat secara haram dari Jordan selepas Perang Enam Hari 1967 dan sejak itu, ia membina beberapa penempatan di seluruh wilayah Palestin secara.

Walaupun tindakan Israel itu bercanggah dengan undang-undang antarabangsa dan ditegur masyarakat antarabangsa, regim Zionis kini menghuni negara itu dengan kira-kira 475,000 penduduk warga Israel. - AFP

Media Baharu