fb fb fb fb fb

Blinken, PM Qatar beri amaran tidak ganggu rundingan gencatan senjata

Foto REUTERS

WASHINGTON, 15 Ogos-Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) dan Perdana Menteri Qatar memberi amaran kepada semua pihak agar tidak menggugat rundingan gencatan senjata berkenaan yang dijangka bermula di Negara Teluk itu.

Blinken dan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani menerusi panggilan telefon berkata tiada mana-mana pihak di rantau Asia Barat yang boleh mengambil sebarang tindakan yang boleh menjejaskan usaha bagi mncapai perjanjian berkenaan", kata Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) dalam satu kenyataan.

Katanya, kedua-dua pihak berbincang tentang usaha untuk meredakan ketegangan di rantau Asia Barat dan kepentingan bagi memuktamadkan gencatan senjata di Gaza.

Pada Rabu lalu, Blinken telah berbincang dengan diplomat Mesir dan turut melakukan rundingan bersama-sama Jordan, Arab Saudi dan Turki.

Minggu lalu, Presiden AS, Joe Biden menyertai pemimpin Mesir dan Qatar untuk menggesa secara terbuka agar rundingan dimulakan pada Khamis untuk menghentikankonflik yang telah berlangsung selama 10 bulan.

Inisiatif tersebut hadir selepas Biden kecewa dengan pembunuhan pemimpin politik Hamas, Ismail Haniyeh, yang terbabit dalam rundingan gencatan senjata terdahulu.

Sejak peristiwa berkenaan, AS menggesa Iran untuk tidak melakukan serangan balas ke atas Israel.

Pentadbiran Biden juga menyuarakan kemarahan terhadap tindakan menteri kanan Israel, Itamar Ben Gvir, yang melakukan ibadat Yahudi di perkarangan masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, kelmarin.-AFP.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD