(Menteri Luar China, Wang Yi)
NUKU'ALOFA, 26 Julai- Setiausaha Negara AS Antony Blinken berkata pada Rabu berharap untuk menjalin kerjasama yang baik dengan Menteri Luar China yang baharu, Wang Yi selepas penyandang sebelum ini, Qin Gang telah dilucutkan jawatan secara mengejut.
"Saya juga mengenali Wang Yi selama lebih sedekad. Saya telah bertemu dengannya beberapa kali," kata Blinken merujuk kepada diplomat tertinggi baharu itu. "Saya menjangka dapat bekerja dengan baik dengannya seperti yang kita lakukan pada masa lalu."
"Adalah penting bagi kami untuk menguruskan hubungan ini secara bertanggungjawab. Itu bermula dengan diplomasi, yang bermula dengan penglibatan dan saya akan bekerjasama dengan sesiapa sahaja rakan sejawatan dari China yang berkaitan."
Blinken berkata ia adalah keputusan besar buat China untuk menyingkirkan Qin, yang tidak pernah dilihat di khalayak ramai sejak 25 Jun.
Tiada alasan rasmi diberikan untuk penyingkiran atau kehilangannya daripada pandangan umum.
"Qin Gang adalah duta ke Washington. Saya mengenalinya semasa dia menjadi duta. Saya mempunyai kerjasama baik dengannya dalam peranannya sebagai menteri luar dan saya mengucapkan selamat maju jaya," kata Blinken. -AFP
(Setiausaha Negara AS, Antony Blinken)