fb fb fb fb fb

Ribut di Sicily, dua orang maut

(Foto AFP)

ITALI, 26 Julai- Sekurang-kurangnya dua orang ditemukan maut selepas ribut melanda Sicily, Itali.

Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni berkata gadis berusia 16 tahun antara yang maut disebabkan ribut itu.

"Angin kencang dan hujan lebat menyebabkan remaja tersebut maut selepas pokok tumbang menghempap khemahnya di Brescia.

"Ribut turut menyebabkan seorang wanita separuh umur dihempap pokok tumbang di Lissone, utara Milan.

"Lebih 200 panggilan diterima bomba di seluruh Milan sejak pukul 4.00 pagi," katanya kepada pemberita di sini.

Meloni menasihati penduduk agar sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan perubahan cuaca di Itali.

Sementara itu, cuaca panas di bandar Catania, timur Sicily menyebabkan tiga orang terkorban.

Presiden wilayah Sicily, Renato Schifani berkata mayat dua orang mangsa berusia 70-an ditemukan dalam sebuah rumah yang musnah terbakar manakala seorang lagi ditemukan berhampiran bandar Palermo. - AFP


(Foto AFP)

Media Baharu