fb fb fb fb fb

Biden bersuara optimis pada ucapan Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat

WASHINGTON, 5 Julai - Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berusaha untuk mencapai perpaduan yang optimistik dalam ucapan Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat (AS) semalam walaupun terdapat serangan tembakan rambang menysarkan orang awam pada perarakan percutian di pinggir bandar Chicago.

Berucap pada majlis barbeku semalam untuk keluarga tentera di White House, Biden berkata beliau yakin Amerika boleh mengatasi masalah yang berlaku ini walaupun beliau akui ia sebagai keadaaan yang amat membimbangkan.

"Ekonomi berkembang, tetapi bukan dengan serangan secara rambang yang menyakitkan penduduk," kata Biden.


(Presiden AS Joe Biden (kiri) dan Wanita Pertama AS Jill Biden melambai dari balkoni
White House semasa pertunjukan bunga api semalam di Washington/AFP)

"Dalam beberapa hari kebelakangan ini, negara ini seperti bergerak ke belakang, dengan kebebasan telah dikurangkan, dan hak yang kita anggap dilindungi itu tiada lagi."

Biden merujuk kepada keputusan Mahkamah Agung yang membatalkan hak persekutuan berusia 50 tahun untuk pengguguran, memperluaskan hak senjata api untuk orang yang ingin membawanya di khalayak ramai, dan mengehadkan keupayaan kerajaan untuk memerangi perubahan iklim.

"Saya tahu ia meletihkan dan membimbangkan, tetapi hari ini, saya mahu anda semua tahu bahawa kita akan melalui semua ini bersama," tambahnya.

Dalam ucapannya, Biden hanya merujuk kepada kejadian tembakan pagi di Highland Park, Illinois, di mana seorang lelaki bersenjata membunuh enam orang dan mencederakan puluhan lagi dengan melepaskan tembakan pada perarakan dengan senapang berkuasa tinggi.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, beliau telah mengutuk tindakan keganasan yang tidak masuk akal itu dan berikrar untuk terus memerangi apa yang disebutnya wabak keganasan senjata api di Amerika.

Setakat ini, AS telah menyaksikan sekurang-kurangnya 309 serangan tembakan rambang, menurut Arkib Keganasan Senjata, sebuah kumpulan advokasi.. -AFP

Media Baharu