fb fb fb fb fb

Beratus-ratus orang dipindahkan ketika kebakaran hutan marak di Turkiye

Enam kebakaran lain terus marak di kawasan hutan di Turkiye, termasuk barat laut Bolu dan Aydin di barat/ AFP

ANKARA, 17 Ogos- Anggota bomba sedang berusaha mengawal kebakaran hutan di bandar peranginan Aegean Izmir pada hari ketiga dengan beratus-ratus penduduk dipindahkan semalam.

Helikopter dan pesawat pengebom air yang terhenti seketika akibat angin kencang meneruskan usaha mengawal api kebakaran pada pagi tadi, lapor saluran berita NTV.

Kebakaran bermula pada Khamis dan merebak cepat ke kawasan perumahan susulan angin bertiup pada kelajuan 50 kilometer sejam.

Menteri Dalam Negeri Turkiye, Ali Yerlikaya berkata bahawa 900 penduduk di lima daerah terjejas telah dipindahkan semalaman di Izmir.

Seorang saksi memberitahu AFP bahawa asap tebal telah menjadikan langit berubah menjadi kelabu, dengan bau asap di seluruh bandar yang mempunyai penduduk ketiga paling ramai di Turkiye itu

Dalam pada itu, Menteri Pertanian dan Perhutanan, Ibrahim Yumakli berkata dua pesawat dan 11 helikopter terus berusaha membantu mengawal keadaan.

"Kira-kira 1,600 hektar telah terjejas, kata menteri itu.

Enam kebakaran lain terus marak di kawasan hutan di bandar lain termasuk barat laut Bolu dan Aydin di barat.

Saintis berkata perubahan iklim menjadikan cuaca ekstrem termasuk gelombang haba yang lebih lama.-AFP

ZEHRA BINTI ZAMBRI