BANGKOK, 13 November- Bendera Pertubuhan Bangsa Bersatu PBB berkibar separuh tiang di seluruh Asia pada Isnin, dan semua kakitangannya bertafakur selama seminit untuk memperingati rakan-rakan mereka yang terkorban di Gaza dalam konflik Israel-Hamas.
Bendera PBB berwarna biru dan putih diturunkan pada 9:30 pagi waktu tempatan di pejabatnya di Bangkok, Tokyo dan Beijing, sehari selepas badan dunia itu melaporkan terdapat sebilangan besar kematian dan kecederaan dalam serangan ke atas kemudahan di Gaza.
Agensi PBB untuk menyokong rakyat Palestin (UNRWA) mengumumkan pada Jumaat bahawa lebih 100 pekerjanya telah meninggal dunia di Semenanjung Gaza sejak permulaan perang.
Israel telah mengebom sasaran di seluruh Semenanjung Gaza 7 Oktober.
Lebih 11,000 kebanyakannya orang awam, telah terbunuh di Gaza dalam serangan oleh Israel.-AFP