fb fb fb fb fb

Bencana stadium cemarkan cita-cita sukan Indonesia - Penganalisis

(FOTO AFP)

SINGAPURA, 4 Oktober - Harapan Indonesia untuk menganjurkan acara sukan dunia pada masa hadapan bergantung kepada kredibiliti penyiasatannya terhadap rusuhan bola sepak di Kanjuruhan.

Penganalisis Strategi Pengurusan Orang Ramai yang berpangkalan di Los Angeles, Paul Wertheimer berkata insiden itu telah menjejaskan reputasi Indonesia untuk menjadi tuan rumah bagi pertandingan antarabangsa.

(FOTO AFP)

"Ini sudah tentu mencemarkan nama baik negara dan mencemarkan reputasi bola sepak di sana. Mereka tidak boleh lari daripada itu.

"Tetapi apa yang mereka lakukan sekarang yang akan menentukan sama ada reputasi itu kekal atau tidak, sama ada mereka boleh belajar daripada tragedi ini dan menghasilkan standard penjagaan yang akan menarik perhatian dunia," kata Wertheimer.

Tambah Wertheimer, walaupun terdapat tragedi yang sama berlaku di negara yang lain namun ia tidak berlaku dalam skala yang besar.

Republik itu juga telah membida untuk menggantikan China sebagai tuan rumah bola sepak Piala Asia tahun depan dan juga akan menjadi tuan rumah Piala Dunia B-20 pada Mei 2023.-AFP

Media Baharu