fb fb fb fb fb

Belon udara panas menghiasi pergunungan Alps

Berpuluh-puluh belon udara panas menyertai festival di pergunungan Alps/REUTERS

SWITZERLAND, 29 Januari- Berpuluh-puluh belon udara panas berwarna-warni menghiasi langit di bandar Alpine Switzerland, Château-d'Oex pada Khamis (25 Januari).

Festival tahunan itu menyatukan ramai penerbang belon dan penonton dari seluruh dunia .

Juruterbang belon Amerika Syarikat (AS) Eliav Cohen, telah merekodkan lebih 1,000 jam penerbangan di seluruh dunia. Dia menyifatkan peluang untuk terbang di atas Pergunungan Alps di Switzerland sebagai "satu peluang terbesar dalam kerjaya saya."

"Ini adalah tempat yang paling luar biasa untuk terbang di dunia. Saya telah terbang lebih seribu jam termasuk Amerika Syarikat, Thailand, di tempat yang berbeza dan kita semua yang berada di sini.

"Untuk dapat terbang di atas Pergunungan Alps pada ketinggian 8,000-9,000 kaki benar-benar mengagumkan," katanya.

Tujuh puluh lima belon udara panas mengambil bahagian dalam Festival Belon Antarabangsa Château-d'Oex selama sembilan hari berakhir pada Ahad.

"Di Amerika Syarikat tidak berpeluang terbang di pergunungan, terutamanya melintasi lembah gunung, kerana tidak ada bandar di antaranya. Jadi dapat terbang di atas Alps di sini, benar-benar mengagumkan.

"Pada masa sama, boleh terbang dengan 50-60 belon, pada bila-bila masa adalah menakjubkan tetapi terutama di kawasan yang indah dan tenang ini, tiada apa yang mengalahkannya," katanya.

Terletak di lembah Alpine, bandar ini terkenal dengan angin yang sangat baik untuk penerbangan belon udara panas.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI