TANZANIA, 26 Julai β Lawatan menaiki belon udara panas di Taman Negara Serengeti, Tanzania, kini menjadi antara tarikan utama pelancong yang ingin menyaksikan fenomena migrasi besar-besaran haiwan liar di Afrika Timur.
Sejak awal Julai, berjuta-juta seladang (gnu) dan kuda belang (zebra) memulakan perjalanan dari Taman Negara Serengeti Tanzania ke Rizab Semula Jadi Nasional Masai Mara (Masai Mara National Nature Reserve) di Kenya untuk mencari makanan dan sumber air baharu ketika musim kering melanda.
Penerbangan belon ini bukan sahaja memberikan pemandangan panorama unik terhadap kumpulan haiwan yang bergerak dalam jumlah besar, malah memperlihatkan keindahan ekosistem pelbagai di Serengeti yang jarang ditemui.
Seorang pelancong dari Amerika Syarikat yang menaiki belon tersebut menyifatkan pengalaman itu luar biasa.
βIa sungguh menakjubkan. Oleh kerana kami terbang mengikut arah angin, suasananya sangat tenang. Ia seperti safari dari udara. Kami dapat melihat kumpulan gnu yang sangat besar, dan dari ketinggian ini, kita benar-benar dapat lihat betapa banyaknya haiwan tersebut. Jauh lebih jelas berbanding dari darat,β katanya.
Fenomena migrasi tahunan itu melibatkan lebih dua juta haiwan herbivor berjalan ratusan kilometer merentasi savana dan sungai, menjadikannya antara keajaiban alam yang memukau di dunia.-REUTERS