BEIJING, 4 Disember- Presiden China Xi Jinping dan Alexander Lukashenko memuji hubungan yang semakin diperkukuh ketika mengadakan perbincangan semasa lawatan kedua pemimpin Belarus itu ke Beijing tahun ini.
Lukashenko, tiba di China Ahad untuk lawatan kerja yang dijangka berlangsung sekurang-kurangnya dua hari.
Kali terakhir Lukashenko datang ke China pada Februari. Lawatan itu menarik perhatian memandangkan pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.
Menurut bacaan rundingan dari pejabat presiden Belarusia "Belarus pernah dan akan menjadi rakan kongsi yang boleh dipercayai untuk China," kata Lukashenko kepada Xi pada Isnin.
"Kami memutuskan sejak dahulu lagi bahawa kami akan bekerjasama... dan berkawan dengan China," katanya.
"Persahabatan ini sudah berusia lebih 30 tahun."
Xi pula berkata "saling percaya politik" dan "kerjasama antarabangsa" antara kedua-dua negara berkembang lebih kukuh sejak lawatan terakhir Lukashenko, menurut penyiar negara China CCTV.
China "tegas menyokong Belarus dalam mengambil jalan pembangunan selaras dengan keadaan negaranya, dan menentang campur tangan kuasa luar dalam hal ehwal dalaman Belarus", kata Xi.
"China bersedia untuk terus mengukuhkan kerjasama strategik dengan pihak Belarusia selain menyokong teguh antara satu sama lain dan menggalakkan kerjasama pragmatik," tambah Xi.
Beijing tidak secara terbuka mengutuk serangan Rusia walaupun mendapat tekanan daripada Amerika Syarikat dan negara Barat yang lain.
Belarus sangat bergantung kepada Rusia untuk sokongan politik dan kewangan. Ia digunakan sebagai landasan untuk serangan Moscow terhadap Ukraine pada Februari 2022.- AFP