fb fb fb fb fb

Belanda larang media sosial bagi kanak-kanak bawah 15 tahun

Foto hiasan

DEN HAAG, 17 Jun - Kerajaan Belanda menasihatkan ibu bapa supaya melarang kanak-kanak bawah 15 tahun menggunakan aplikasi media sosial seperti TikTok dan Snapchat kerana bimbang kesan terhadap kesihatan mental.

Menurut Kementerian Kesihatan, Kebajikan dan Sukan Belanda, penggunaan skrin dan media sosial secara berlebihan memberi kesan buruk kepada kesihatan mental dan perkembangan kanak-kanak, termasuk gangguan tidur, serangan panik, kemurungan, masalah tumpuan dan imej diri negatif.

Ujar pihaknya, bermula umur 12 tahun, aplikasi mesej boleh dibenarkan, manakala media sosial hanya sesuai selepas umur 15 tahun.

Garis panduan turut menyarankan tiada skrin bagi kanak-kanak bawah dua tahun, dan maksimum tiga jam sehari untuk mereka yang berumur 12 tahun ke atas.

Namun, penggunaan skrin yang sihat bukan sekadar had masa, tetapi juga melibatkan keseimbangan dengan aktiviti lain, penggunaan bersama dan pengalaman positif dalam talian. - AFP

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE