fb fb fb fb fb

Bekas PM Finland bakal bertanding semula Pilihan Raya Presiden 2024

(FOTO AFP)

HELSINKI, 16 Ogos - Bekas Perdana Menteri Finland, Alexander Stubb pada Rabu berkata beliau akan menjadi calon dalam Pilihan Raya Presiden Finland yang dijadual akan diadakan pada Januari tahun hadapan.

Pengumuman itu dibuat penyandang jawatan itu ketika ini, Petteri Orpo pada Ahad yang meminta Stubb menjadi calon parti Gabungan Nasional.

(Alexander Stubb / FOTO AFP)

"Dalam situasi geopolitik kini, jawapannya tidak jelas. Apabila tanah air memerlukan, maka kita akan bertanding," kata Stubb kepada pemberita.

Stubb yang kini merupakan seorang Profesor dan Pengarah di Institut Universiti Eropah di Florence, Itali, pernah memegang beberapa jawatan Menteri sebelum berkhidmat sebagai Perdana Menteri antara 2014 dan 2015.

Selain Stubb, antara yang telah mengumumkan pencalonan mereka untuk Pilihan Raya Presiden ialah bekas Menteri Luar Finland, Pekka Haavisto, Ahli Akademik, Mika Aaltola dan Gabenor Bank Finland, Olli Rehn.-REUTERS

Media Baharu