fb fb fb fb fb

Bekas ketua militia Afrika Tengah diserahkan kepada ICC

(Kawasan pertanian di Afrika Tengah yang kini masih berdepan krisis
keselamanatan dan kekurangan makanan/AFP)

BELANDA, 15 Mac- Pihak berkuasa Chad pada Isnin menyerahkan bekas pemimpin militia Republik Afrika Tengah (CAR) yang didakwa atas jenayah perang dan kemanusiaan kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Maxime Jeoffroy Eli Mokom Gawaka disyaki melakukan jenayah pada 2013 dan 2014 di Bangui dan beberapa lokasi lain di CAR," menurut mahkamah itu yang berpangkalan di The Hague.

Salah sebuah negara termiskin di dunia, Republik Afrika Tengah terlibat konflik pada 2013 apabila Presiden, Francois Bozize digulingkan pakatan pemberontak dipanggil Seleka.

Rampasan kuasa mencetuskan pertumpahan darah antara pasukan Seleka dengan pasukan keselamatan "anti-Balaka".

Pemberontak menuduh pemerintahan Presiden François Bozizé gagal mematuhi perjanjian damai yang ditandatangani pada 2007.

ICC telah menemukan bukti munasabah mengesyaki bahawa Mokom dalam kapasitinya sebagai "Penyelaras Operasi Kebangsaan Anti-Balaka", bertanggungjawab atas jenayah kemanusiaan, termasuk pembunuhan, penyeksaan, penganiayaan dan "penghilangan secara paksa,” menurut ICC.

Dalam aspek lain, dia (Mokom) disyaki melakukan beberapa kesalahan, “secara sedar mengarahkan serangan terhadap penduduk awam” dan serangan terhadap petugas bantuan kemanusiaan juga mendaftarkan individu seawal usia 15 tahun sebagai pejuang.

"Mr Maxime Jeoffroy Eli Mokom Gawaka telah diserahkan kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa oleh pihak berkuasa Republik Chad atas waran tangkap menerusi perjanjian pada 10 Disember 2018, menurut mahkamah itu.

Lewat Isnin, ICC menerusi Twitter menyebut Mokom tiba di Pusat Tahanan ICC di The Hague. “Perbicaraan awal Mokom ... dijadual diadakan dalam masa terdekat," jelas kenyataan itu. -AFP



(FOTO FB ICC)

Media Baharu