fb fb fb fb fb

Bekas Model tuduh Trump mencabul

Donald Trump/ Fotp Reuters

WASHINGTON, 24 Oktober - Seorang bekas model mendakwa Donald Trump mencabul dirinya, lapor akhbar The Guardian pada Rabu.

Stacey Williams berkata dia bertemu dengan calon Presiden dari Parti Republikan itu di sebuah majlis pada tahun 1992 selepas diperkenalkan oleh Jeffrey Epstein yang pernah menjadi teman lelakinya.

"Ketika itu, menjadi sangat jelas bahawa dia (Epstein) dan Donald adalah kawan rapat dan menghabiskan banyak masa bersama," kata Williams seperti yang dilaporkan.

Epstein, yang disabitkan dengan kesalahan seksual dan membunuh diri di penjara pada 2019, dikatakan telah membuat lawatan mengejut bersama-sama Williams kepada Trump di pejabatnya di New York pada tahun 1992.

Ketika itu, Trump didakwa menarik Williams ke arahnya dan mula mencabulnya.

The Guardian melaporkan bahawa seorang jurucakap kempen Trump menafikan dakwaan tersebut sebagai cerita palsu.

Jurucakap itu mengatakan cerita itu direka oleh kempen Harris.

Trump telah dituduh melakukan serangan atau gangguan seksual daripada lebih 20 wanita, namun beliau menafikan semua tuduhan.

Pada Januari lalu, mahkamah di New York mengarahkan Trump membayar $83.3 juta sebagai pampasan kepada penulis E. Jean Carroll, yang didapati bersalah kerana menyerang secara seksual dan memfitnahnya. - AFP

TETITIA YUSOFF