fb fb fb fb fb

Bekalan ketenteraan junta Myanmar disokong 13 syarikat luar negara, didedahkan

FOTO REUTERS

NAYPYITAW, 26 Januari- Syarikat di 13 negara disyaki terlibat membantu junta Myanmar meneruskan tekanan dan kekejaman terhadap rakyat sejak mengambil alih kuasa pada Februari 2021.

Laporan dikeluarkan Majlis Penasihat Khas mengenai isu Myanmar mendedahkan penglibatan syarikat-syarikat berkenaan meliputi bantuan penghasilan senjata kepada junta bagi tujuan menyerang rakyat.

Media antarabangsa antaranya Al Jazeera melaporkan, Majlis Penasihat Khas itu mendedahkan 13 syarikat termasuk dari Amerika Syarikat, Eropah, Asia, China, Jerman dan India didakwa menyokong rantaian bekalan tentera Myanmar.

Ia dilakukan menerusi sokongan pemberian lesen, bahan mentah, perisian, alat ganti dan komponen senjata.

Laporan tersebut juga mendakwa syarikat-syarikat berpangkalan di Perancis, Israel dan Jerman menyediakan perisian untuk mengendalikan mesin senjata.

Mengulas pendedahan tersebut, peguam hak asasi manusia dan ahli Misi Mencari Fakta PBB di Myanmar untuk tempoh 2017-2019, Chris Sidoti menggesa kerajaan menyiasat kesahihan laporan itu.

Beliau berkata sekiranya laporan tersebut berasas, syarikat-syarikat asing terlibat yang mendapat keuntungan dengan memperjudikan nasib dan nyawa rakyat Myanmar perlu dipertanggungjawabkan.-REUTERS


(Ketua tentera Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing/REUTERS)

 

 

Media Baharu