fb fb fb fb fb

Beijing nafi dakwaan Australia,pancar laser pada pesawat tentera

FOTO AFP

BEIJING, 22 Februari - China menafikan dakwaan kapal tentera lautnya memancarkan laser ke arah salah sebuah pesawat peninjau Australia di luar pantai utara Australia, minggu lalu.

Perdana Menteri, Scott Morrison menyifatkan ia sebagai tindakan berbaur ugutan, manakala Jabatan Pertahanan menyifatkannya sebagai membahayakan nyawa.

Beijing bagaimanapun berkata, dakwaan Australia itu tidak benar.

Ia sebaliknya mempertahankan pergerakan kapalnya sebagai pelayaran biasa yang mengikut undang-undang antarabangsa.

"Kami menggesa Australia menghormati hak sah kapal China belayar di kawasan laut mengikut undang-undang antarabangsa dan berhenti menyebarkan maklumat palsu yang mengaitkan China," kata jurucakap Kementerian Luar, Wang Wenbin.

Seorang jurucakap Kementerian Pertahan China berkata, pesawat peronda P-8 telah terbang antara empat kilometer dari kapal dan ia disifatkan melakukan 'provokasi jahat' yang menimbulkan ancaman keselamatan. - AFP

Media Baharu