fb fb fb fb fb

Bayi terselamat dikeluarkan dari runtuhan

TURKIYE, 9 Februari - Pasukan penyelamat Perbandaran Istanbul berjaya mengeluarkan seorang bayi dari runtuhan bangunan, selepas hampir 68 jam kejadian gempa bumi besar melanda bandar Hatay.

Bayi bernama Helen itu berada dalam keadaan sihat dan diletakkan bawah pengawasan unit perubatan.

Di wilayah Adıyaman, satu lagi pasukan mencari dan menyelamat menemui empat anggota keluarga yang masih hidup di bawah serpiha.

Rakaman menunjukkan tiga daripada mangsa yang terselamat diusung oleh pasukan keselamatan.

(FOTO REUTERS)

Jumlah kematian yang disahkan di Turkiye dan negara jiran Syria kini meningkat kepada 12,391. - REUTERS

Media Baharu