JOHANNESBURG, 3 September -Sebuah bas yang membawa 42 penumpang, termasuk pekerja ladang, terjunam ke dalam gaung di Afrika Selatan pada hari Isnin, mengakibatkan sekurang-kurangnya sembilan orang maut, kata pihak berkuasa.
Bas tersebut terjunam melalui sebuah tebing di Van Rhyns Pass, kira-kira 340 kilometer (210 batu) di utara Cape Town pada waktu senja, menurut ketua komunikasi bagi jabatan mobiliti wilayah Western Cape.
Sembilan orang disahkan maut dan 16 lagi cedera, kata Muneera Allie kepada AFP.
Bas tersebut membawa pekerja ladang tetapi butiran mengenai yang maut dan cedera masih belum dapat disahkan, katanya.
Kemalangan tersebut berlaku selepas hujung minggu yang berdarah di jalan raya Afrika Selatan dengan lebih daripada dua puluh orang terbunuh dalam beberapa kemalangan jalan raya.-AFP