fb fb fb fb fb

Barangan berselut dijual murah selepas banjir buruk landa selatan Thailand

Orang ramai membeli barangan yang rosak akibat banjir di daerah Hat Yai, wilayah Songkhla, Thailand/ REUTERS

HAT YAI, 30 November – Beg dan pakaian yang berselut lumpur memenuhi ruang sebuah pasar di Hat Yai pada Sabtu, ketika penduduk terjejas banjir mencari barangan murah hasil pelupusan stok yang rosak akibat banjir besar yang melanda selatan Thailand.

Barangan yang sebelum ini bernilai 100 baht (AS$3) kini dijual serendah 10 baht (AS$0.30) dalam usaha peniaga membantu penduduk yang kehilangan harta benda, selain mempercepatkan proses pemulihan perniagaan mereka.

Hat Yai, pusat komersial wilayah selatan Thailand, kini beransur pulih selepas paras air mulai surut.

Bandar itu menerima 335 milimeter hujan dalam tempoh dua hari pada Jumaat lalu dan merupakan jumlah harian tertinggi dalam tempoh 300 tahun, menurut pihak berkuasa tempatan.

Sementara itu, angka kematian meningkat kepada 170 di seluruh selatan Thailand, dengan 131 kematian dilaporkan di wilayah Songkhla, yang merangkumi Hat Yai, menurut Kementerian Kesihatan Awam Thailand. -REUTERS

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN