fb fb fb fb fb

Kedai barang kemas mewah Bulgari di Rom dirompak

FOTO REUTERS

ROM, 9 Jun - Kedai barang kemas mewah Bulgari di Rom kerugian lebih €500,000 (AS$540,000) selepas sekumpulan pencuri melarikan barangan mewah itu dari premis tersebut, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut siasatan awal polis pada Ahad pelaku memecah masuk cawangan kedai barang kemas mewah itu melalui lubang di lantai dari bangunan jiran bersebelahan.

Dilaporkan pencuri berjaya meloloskan diri sebelum pegawai polis tiba, meskipun sistem penggera berbunyi sejurus sebelum tengah malam.

Kedai terbabit terletak di Via Condotti, salah satu jalan membeli-belah mewah di ibu kota Itali yang terletak berhampiran dengan Tangga Sepanyol. Sebuah lubang ditemui di lantai yang menghubungkan kedai itu dengan ruang bawah tanah bangunan jiran.

Para penyiasat berharap dapat memperoleh maklumat daripada rakaman kamera pengawasan. Walaupun polis memberikan anggaran awal nilai barang kemas yang dicuri sebanyak €500,000, ia mungkin juga bernilai lebih tinggi.

TETITIA YUSOFF