fb fb fb fb fb

Bapa baran serah diri, mengaku bunuh tiga anak

FOTO HIASAN

CRÉTEIL, 27 November- Seorang bapa di Perancis pada Ahad mengaku membunuh tiga anak perempuannya dan menyerah diri kepada polis.

Lelaki berusia 41 tahun itu pergi ke balai polis di bandar pantai utara Dieppe untuk melaporkan bahawa dia telah membunuh tiga anaknya, kata pendakwa raya tempatan.

Polis yang pergi ke lokasi kejadian menemui kesemua tiga mayat kanak-kanak di rumahnya di bandar Alfortville, di pinggir tenggara Paris.

Pendakwa raya di Creteil mengesahkan "kematian kanak-kanak perempuan berusia empat, 10 dan 11 tahun".

Dua daripada kanak-kanak itu maut ditikam, kata sumber polis. Mayat mereka ditutupi kain, manakala mayat ketiga terbaring di atas sofa, menurut penemuan awal siasatan.

Suspek pernah disabitkan dengan keganasan rumah tangga pada 2021, kata sumber yang rapat dengan kes itu.

Perintah sekatan terhadapnya telah dikeluarkan tetapi kemudiannya ditarik balik.

Lelaki itu kini dalam tahanan polis, kata pendakwa raya.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE