fb fb fb fb fb

Bantuan makanan untuk penduduk Syria kehabisan stok -WFP

GENEVA, 10 Februari- Program Makanan Sedunia (WFP) memberi amaran stok bantuan kemanusiannya bagi bekalan di Barat Laut Syria sudah kehabisan.

Sehubungan itu, Pengarah Serantau WFP di Timur Tengah, Afrika Utara dan Eropah Timur, Corinne Fleischer, menggesa supaya lebih banyak pintu sempadan dari Turkiye dibuka bagi membawa bekalan baharu, selepas kedua-dua negara dilanda gempa bumi kuat.

"Kawasan di Barat Laut Syria menjadi kebimbangan besar kami di mana 90 peratus penduduknya bergantung kepada bantuan kemanusiaan," katanya.

Fleischer berkata, pihaknya kehabisan stok dan memerlukan akses untuk membawa masuk bekalan baharu.

"Kami kehabisan stok dan kami memerlukan akses untuk membawa masuk stok baharu.

"Walaupun laluan sempadan dibuka namun kita memerlukan akses baharu," katanya.

Pada masa ini, hanya terdapat satu lintasan terbuka, di Bab al-Hawa, antara Turkiye dan Syria.

Ia ditutup seketika selepas gempa bumi besar dan gegaran susulan pada Isnin, tetapi dibuka semula pada Khamis.


(Program Makanan Sedunia (WFP) mengesahkan stok bantuan kemanusiannya bagi
bekalan di Barat Laut Syria sudah kehabisan/REUTERS)

Pertubuhan Migrasi Antarabangsa berkata bahawa 14 trak yang membawa bantuan kemanusiaan, termasuk pemanas elektrik, khemah, selimut, telah menyeberang ke utara Syria dari Turkiye pada Jumaat.

Fleischer menegaskan bahawa membuka lintasan sempadan kedua adalah penting untuk memeatikan bantuan sampai ke barat laut Syria.

"Kami memerlukan pembukaan sempadan kedua kerana kelewatan pengangkutan melalui jalan yang rosak,"

"Kami dapat menangani perkara ini dalam keadaan sebelum gempa bumi, kini tidak lagi. Kami memerlukan kedua-dua jalan dibuka," katanya.

Seorang pegawai Turkiye berkata bahawa Ankara sedang berbincang untuk membuka semula lintasan sempadan ke wilayah kerajaan Syria dan juga melihat untuk membuka satu lagi ke wilayah Idlib Syria. -REUTERS

Media Baharu