fb fb fb fb fb

Bantuan makanan digugurkan di Gaza

Pesawat Jordan dan UAE menjatuhkan 25 tan bantuan makanan kepada penduduk Gaza pada Ahad - AFP

GAZA, 28 Julai - Pesawat Jordan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjatuhkan 25 tan bantuan makanan kepada penduduk Gaza pada Ahad, ketika Israel mengumumkan jeda kemanusiaan harian di beberapa kawasan untuk membolehkan agensi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menyampaikan bantuan.

Langkah itu diambil susulan kebimbangan global terhadap kebuluran melampau di Gaza, yang diburukkan oleh sekatan Israel sejak Mac lalu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan 63 kematian akibat kekurangan zat makanan sepanjang Julai, kebanyakannya kanak-kanak.

PBB juga memberi amaran lebih 470,000 penduduk kini dalam diancam kebuluran.

Sementara itu, kekecohan berlaku di lokasi agihan makanan, dengan penduduk terpaksa berebut bantuan yang sangat terhad.

Organisasi bantuan menyifatkan langkah Israel sebagai permulaan yang baik, tetapi menegaskan hanya gencatan senjata penuh dan agihan bantuan berskala besar dapat menghentikan krisis kemanusiaan itu. - AFP

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK