fb fb fb fb fb

3 maut, lebih 50 cedera nahas kereta api di selatan Jerman

Dua gerabak tergelincir dari landasan mengakibatkan tiga maut - Foto AFP

BIBERACH, 28 Julai - Tiga orang maut dan lebih 50 cedera dalam insiden kereta api tergelincir di di sini pada petang Ahad.

Ketua Bomba Daerah, Charlotte Ziller berkata, operasi menyelamat kini telah selesai.

“Setakat ini, semua mangsa telah dikeluarkan dari gerabak dan menerima rawatan perubatan,” katanya.

2807 LNR GERMAN TRAIN CRASH 2Hakisan tanah dipercayai menjadi punca gerabak tergelincir - Foto AFP

Lebih 120 anggota penyelamat dikerahkan ke lokasi selepas dua gerabak tergelincir dari landasan antara Riedlingen dan Munderkingen, berhampiran sempadan Perancis dan Switzerland.

Ketika kejadian, terdapat kira-kira 100 penumpang di dalam kereta api yang dalam perjalanan dari Sigmaringen ke Ulm.

Punca kemalangan masih disiasat, namun pihak polis dilaporkan berkata hujan lebat mungkin menyebabkan hakisan tanah, bagaimanapun tiada kepastian setakat ini.

Polis Ulm memaklumkan siasatan akan berterusan sepanjang malam dan pengumpulan bukti di lokasi dijangka mengambil masa sehingga lama. - REUTERS

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK