GAZA, 26 Mei–Kumpulan bantuan disokong Amerika Syarikat (AS), Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF), telah memulakan penghantaran bantuan makanan ke beberapa lokasi agihan di Gaza, hari ini.
GHF menegaskan komitmennya untuk meneruskan usaha bantuan kemanusiaan walaupun menerima tekanan antarabangsa.
Namun, pelan tersebut menerima kritikan daripada Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang menyifatkannya tidak melibatkan penyertaan rakyat Palestin serta tidak mencukupi untuk menangani keperluan di lapangan.
Sebelum ini, beberapa imej yang dikeluarkan yayasan berkenaan memaparkan trak bantuan yang membawa kotak bekalan memasuki wilayah terbabit.– REUTERS
BERITA BERKAITAN: