BRASÍLIA, 27 Mei- Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva, disahkan menghidap "labyrinthitis"; penyakit telinga yang menyebabkan vertigo, lapor agensi berita pada Isnin.
Menurut kenyataan kerajaan, Presiden Lula, 79 tahun, telah menjalani pemeriksaan di sebuah hospital di Brasília dan berada dalam tempoh rehat di kediaman rasmi.
Lula sebelum ini pernah dimasukkan ke hospital tahun lalu selepas mengalami pendarahan di bawah tengkorak akibat terjatuh di bilik mandi.
Beliau juga mempunyai rekod penyakit tekanan darah tinggi, kanser tekak dan pembedahan pinggul.
Pada 2024, Presiden Lula mengalami kecederaan serius selepas jatuh di kediaman rasmi yang mengakibatkan gegaran otak dan pendarahan yang memerlukan pembedahan.
Walaupun telah pulih dan meneruskan aktiviti rasmi termasuk lawatan ke beberapa negara, beliau terpaksa membatalkan sebahagian jadual susulan ketidakselesaan akibat penyakit terkini.
Kebimbangan mengenai kesihatan beliau menimbulkan persoalan tentang kesesuaian untuk bertanding semula dalam pilihan raya tahun depan selepas dua penggal memerintah dari 2003 hingga 2010.- AFP