fb fb fb fb fb

Guru Mexico teruskan protes, desak kerajaan penuhi tuntutan

Foto REUTERS

MEXICO, 26 Mei– Kumpulan guru di Mexico meneruskan protes dan berkhemah di pusat bandar Mexico sebagai tekanan terhadap kerajaan agar memenuhi tuntutan mereka.

Antara tuntutan utama adalah pemansuhan undang-undang tahun 2007 yang menaikkan umur persaraan wajib daripada 58 kepada 65 tahun bagi lelaki dengan tempoh perkhidmatan 30 tahun, dan bagi wanita yang telah berkhidmat selama 28 tahun.

Mereka turut mendesak agar kerajaan memansuhkan reformasi pendidikan yang diperkenalkan pada tahun 2019 oleh bekas Presiden, Andres Manuel Lopez Obrador.

Mogok nasional yang bermula sejak 15 Mei lalu menyaksikan kesatuan guru CNTE mengadakan demonstrasi di beberapa lokasi utama, termasuk di hadapan institusi awam dan ibu pejabat stesen televisyen Televisa, selain berkhemah di Dataran Zocalo yang terletak di hadapan Istana Kerajaan.

Terdahulu, Presiden Claudia Sheinbaum Pardo menegaskan bahawa kedudukan kewangan negara pada masa ini tidak membolehkan tuntutan tersebut dipenuhi. – REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM