fb fb fb fb fb

Lonjak industri garam, Basra manfaatkan cuaca melampau

Foto Reuters

BASRA, 27 Mei – Di tengah suhu ekstrem akibat perubahan iklim, Kilang Garam Basra di Al-Faw memanfaatkan cuaca panas untuk meningkatkan penghasilan garam air laut.

Pengurus Pengeluaran, Hussam al-Akilli berkata pemanasan global secara tidak langsung mempercepatkan proses penghasilan serta meningkatkan kualiti garam.

“Setiap awan pasti ada sinarnya,” ujar Al-Akilli, merujuk kepada suhu panas yang mencecah rekod baharu akibat perubahan iklim.

Pelabur swasta, Abdulkhaleq al-Abbadi berkata kilang tersebut kini mampu menghasilkan sekitar 350,000 tan garam setahun.

Produk garam itu disalurkan ke seluruh Iraq untuk pelbagai industri, termasuk sektor minyak, makanan, penulenan air, dan pembuatan detergen.

Penghasilan garam dari air laut dilihat lebih mesra alam berbanding perlombongan garam batu, namun Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNEP) memberi amaran bahawa pengeluaran besar-besaran boleh menjejaskan ekosistem pantai dan biodiversiti marin.

Profesor Mishtaq Idan dari Universiti Basra turut mengingatkan bahawa manfaat ekonomi daripada suhu tinggi adalah kecil berbanding kerosakan yang dibawa oleh perubahan iklim.

Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) turut menyenaraikan Iraq sebagai salah satu negara paling terdedah kepada perubahan iklim di peringkat global, khususnya disebabkan isu kekurangan air, kemarau berpanjangan, dan suhu yang semakin melampau.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN