fb fb fb fb fb

Banjir Washington: 100,000 penduduk berisiko terjejas

Pasukan penyelamat menggunakan bot untuk memindahkan penduduk terjejas banjir ke kawasan selamat/foto REUTERS

WASHINGTON, 12 Disember - Pasukan kecemasan berkumpul di Bill and Dan's RV Park, di sini, untuk menyelamatkan penduduk yang terperangkap akibat banjir susulan hujan lebat berterusan.

Pegawai Sheriff Daerah Pierce, Carly Cappetto, berkata pasukannya ketika ini sedang menjalankan tiga operasi penyelamatan aktif. Kira-kira 100,000 penduduk Washington dijangka menerima arahan pemindahan.

“Tengoklah RV Bill yang separuh tenggelam di belakang saya. Kami akan menggunakan bot untuk melaksanakan operasi menyelamat penduduk terjejas banjir, dan maklumat lanjut akan dikemas kini kemudian,” katanya.

Menurut Perkhidmatan Cuaca Nasional, paras air sungai Puyallup dijangka meningkat semula menjelang pagi Jumaat (12 Disember) sebelum surut secara beransur-ansur pada hari yang sama.

Pihak berkuasa menasihatkan penduduk agar sentiasa mengikuti maklumat rasmi, memerhati keadaan jalan, dan memandu dengan berhati-hati ketika hujan lebat berterusan.-REUTERS

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI